Ia akan menyebabkan kawasan pesisir pantai tenggelam dan kekerapan musim kemarau serta kemiskinan akan meningkat.
Kajian sebelum ini yang dikongsi sewaktu Perjanjian Paris tahun 2015 hanya memberi fokus kepada keroskan yang berlaku jika berubahan suhu naik drastik ke angka yang lebih besar, 2-darjah Celsius. Ini ialah kerana pada masa itu, saintis beranggapan kerosakan besar hanya akan berlaku pada tahap setinggi itu.
Rupanya, kerosakan besar tetap akan berlaku walaupun suhu dunia naik setinggi 1.5-darjah Celsius sahaja.
Kajian seterusnya mendapati kenderaan elektrik EV perlu menggantikan kenderaan berenjin biasa seawal tahun 2035 jika dunia mahu bersedia dengan peningkatan suhu sebanyak 1.5-darjah Celsius itu.
UN mahukan semua negara meningkatkan usaha untuk mengubah sistem pengangkutan kepada EV sepenuhnya seawal mungkin.
Di Malaysia, penggunaan EV masih lagi kecil tetapi pihak kerajaan mahu menjadikan Projek Kereta Nasional Baharu ini sebagai rangsangan terhadap penggunaan kenderaan EV atau PHEV (Plug In HYbrid Electric Vehicle).