DUCATI STREETFIGHTER V4 LAMBORGHINI DILANCARKAN DI MALAYSIA - HANYA 2 UNIT SAHAJA DI MALAYSIA, HARGA RM460,900

oleh Firdaus Razani|
Ducati Malaysia baru-baru ini melancarkan sebuah motosikal baharu yang menggabungkan kuasa dan prestasi motosikal Ducati dengan kemewahan dan keanggunan yang sinonim dengan Lamborghini, iaitu Ducati Streetfighter V4 Lamborghini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ducati Streetfighter V4 Lamborghini diinspirasikan oleh falsafah reka bentuk Lamborghini Huracán STO (Super Trofeo Omologata), motosikal ini menawarkan livery yang mencerminkan garisan anggun dan aerodinamik seperti Lamborghini.

 

ducati streetfighter v4 lamborghini

 

Reka bentuk keseluruhan kebanyakkannya diinspirasikan daripada Huracán STO yang ikonik dengan menampilkan reka bentuk rim yang menarik dan diserlahkan lagi oleh nat pengunci titanium pada rim belakang.

 

ducati streetfighter v4 lamborghini

 

Tambahan itu, motosikal ini juga mempunyai tekstur dan kemasan gentian karbon yang sama seperti Lamborghini Huracán STO serta bahagian pelindung lumpur hadapan, belly pan, sisi tangki bahan api dan penutup tempat duduk penumpang, semuanya diinspirasikan daripada saluran aliran udara pada Huracán STO.

 

ducati streetfighter v4 lamborghini

 

Ducati Streetfighter V4 edisi Lamborghini ini dinadikan dengan enjin Desmosedici Stradale berkapasiti 1,103cc yang menghasilkan kuasa output sehingga 208hp bersama talaan desmodromik dari MotoGP.

Ia turut dilengkapi dengan klac kering perlumbaan dan ekzos Akrapovic titanium berserta pelindung gentian karbon.

 

ducati streetfighter v4 lamborghini

 

Motosikal edisi terhad ini juga memaparkan livery yang menampilkan logo ikonik STO dan nombor 63 sebagai memberi penghormatan kepada tahun penubuhan Lamborghini.

 

ducati streetfighter v4 lamborghini

 

Seperti Huracán STO, cat dan skema warna yang digunakan pada Streetfighter V4 Lamborghini ini adalah sama seperti yang digunakan untuk kereta itu iaitu warna utama ialah "Verde Citrea", manakala warna kontras ialah "Arancio Dac".

 

ducati streetfighter v4 lamborghini

 

Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, Dennis Michael mengulas mengenai kerjasama itu: "Kami berbangga kerana dua daripada motosikal ini berada di Malaysia. Ducati Streetfighter V4 Lamborghini bukan sekadar motosikal; ia adalah simbol penuh sejarah dikongsi bersama.

 

ducati streetfighter v4 lamborghini

 

“Formula yang tidak dijangka ini menyatukan yang terbaik dari kedua-dua dunia, mencipta karya agung yang memikat peminat dan pengumpul Malaysia kami. Ia juga menunjukkan bahawa pemilik dan peminat Ducati Malaysia kami adalah antara yang paling ghairah di dunia." katanya.

 

ducati streetfighter v4 lamborghini

 

Dalam acara perlancaran itu juga, acara penyerahan Ducati Streetfighter V4 Lamborghini kepada pemilik pertama di Malaysia, iaitu Datuk Nazir Hussin turut dijalankan bersama.

Ducati Streetfighter V4 Lamborghini edisi terhad penuh eksklusif ini dijual dengan harga RM460,900.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, menerusi kolaborasi bersama Lamborghini, Ducati kini memperkenalkan sebuah model…