Ducati Scrambler lancar varian Cafe Racer & Desert Sled di Art of Speed 2017

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Next Bike Sdn Bhd, unit Naza World Group of Companies, telah melancarkan dua varian baharu Ducati Scrambler iaitu Cafe Racer dan Dessert Sled pada 29 Julai lalu di acara Art of Speed 2017.


Ducati Scrambler Cafe Racer, dengan rupa retro serta membawa kembali reka bentuk era 60-an. Ia datang dengan tangki minyak bersama panel yang boleh ditukar, digabungkan dengan pelapik tempat duduk bagi penumpang. Jentera ini diberikan ekzos Termignoni bersama peredam berkembar, fairing pada lampu utama, pemegang plat nombor di bahagian tepi dan rim aluminium bersaiz 17 inci yang dibalut tayar Pirelli DiabloTM Rosso II baharu.

Ducati Cafe racer

 

Ia ditawarkan pada harga RM68,899 (termasuk cukai dan GST).



Sementara itu, Ducati Scrambler Desert Sled pula merupakan versi enduro yang diinspirasikan daripada motosikal off-road datang dengan rim bersaiz 19 inci di depan dan 17 inci bahagian belakang. Ia ditawarkan pada harga RM68,899 (termasuk GST).

Ducati



Ketua Next Bike Sdn Bhd, Fazli Hisham berkata “syarikat itu merupakan pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia dan mengambil kesempatan daripada edisi keenam ekspo Art of Speed 2017 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEP) Serdang”.

 

Senarai pengedar sah Ducati;

 

DUCATI PJ – Lot 1, Jalan 51A/221, 46100 Petaling Jaya, Selangor.

DUCATI SG.BULOH – No. 2137, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, Bandar Baru SG. Buloh, 47000 SG. Buloh, Selangor.

DUCATI PENANG – No 26, Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang.

DUCATI JOHOR – 397A, Jalan Tebrau, Taman Majidee, 80250 Johor Bahru, Johor.

DUCATI KELANTAN – PT28, Kg. Chicha, 16100 Kota Bharu, Kelantan (akan dibuka tidak lama lagi).

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Eastern Bobber Motor Gathering 2023 akan bertempat di tempat yang sama seperti tahun lalu iaitu…
Berita Domestik
Namun bagi sesetengah orang, saiz Motocompo mungkin terlalu kecil, jadi penyelesaian yang mudah…
Berita Domestik
BX 150 boleh didapati dalam tiga varian, iaitu versi asas, BX 150X dengan rupa paras ala-ala…