Ducati Scrambler 1100 Special di Geneva

oleh Muhammad Md Tajudin|
Di Geneva sekarang ini sememangnya meriah dengan penampilan kereta-kereta hebat. Ia memberi indikator apa yang bakal ditawarkan pengeluar kepada dunia dalam jangka masa pendek dan akan datang.

Dari sekecil kereta kompak hinggalah kepada kereta hiper dengan kelajuan dan bentuk badan ekstrem.

Bukan sahaja kereta, pengeluar motosikal juga turut mengambil kesempatan ini untuk menayangkan motosikal mereka. 

Pada pameran ini, Ducati mempamerkan Scrambler 1100 Special di ruang pameran Audi. 

Kenapa Audi? Pengeluar kereta?

Ruang tersebut sengaja dikongsi bagi menunjukkan sinergi di antara ahli Kumpulan Volkswagen memandangkan Ducati dimiliki oleh Audi yang kemudian dimiliki oleh Kumpulan Volkswagen. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ducati Scrambler 1100 Special

 

Ducati pula melalui siri Scrambler sedang sibuk mengembangkan segmen ini supaya tidak bergantung kepada penawaran sedia ada.

Jika bercakap tentang bisnes massa, mana-mana pun sifirnya ialah skala ekonomi dan ini apa yang dilakukan oleh Ducati.

Scrambler 1100 pertama kali dipamerkan pada EICMA 2017 dan ia adalah kempen terbaru Ducati dalam meluaskan tawaran motosikal dengan falsafah Land of Joy.

Enjin bersaiz 1079 cm3 yang digunakan pada Scrambler 1100 ini mempunyai tujahan yang kuat pada kelajuan rendah dan ia adalah poin utama dan kelebihan model ini. 

Setup casisnya pula dibuat lincah yang juga identiti jenama Scrambler.

Selain itu, Ducati juga melengkapi Scrambler ini dengan pakej elektronik yang diperbarui seperti ABS Cornering dan Kawalan Cengkaman.

Tiga versi bakal ditawarkan kepada pasaran iaitu Ducati Scrambler 1100, Ducati Scrambler 1100 Special dan Ducati Scrambler 1100 Sport.

Seperti biasa motosikal ini akan dipasarkan di Eropah terlebih dahulu bermula pertengahan bulan ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…