Ducati MotoE V21L meluncur buat kali pertama

oleh Mohamad Hanif|
Jentera lumba elektrik Ducati MotoE meluncur buat kali pertama di litar Misano World Circuit Marco Simoncelli.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, pengeluar motosikal itu merupakan pembekal tunggal motosikal bagi kejuaraan FIM Enel MotoE™ World Cup, kelas perlumbaan elektrik di bawah Kejuaraan MotoGP Sedunia.

Jentera prototaip elektrik yang diberikan kod nama V21L itu merupakan hasil usahasama antara pasukan Ducati Corse dan jurutera R&D Ducati, diketuai oleh Roberto Cane selaku Pengarah Ducati eMobility.
 

Ducati


Prestasi V21L ini diuji sendiri oleh penunggang professional Michele Pirro yang juga penunggang uji Ducati sejak tahun 2013.

Menurut Michele, "menguji model prototaip MotoE merupakan satu pengalaman yang hebat, kerana ia menandakan permulaan bab baharu dalam sejarah Ducati.

"Jentera ini ringan, mempunyai keseimbangan yang baik, malah respons pendikit dan ergonomik adalah hampir serupa dengan apa yang ditawarkan oleh jentera MotoGP.

"Jika tidak kerana kesenyapan, dan kuasa yang dihadkan kepada 70 peratus sahaja, saya dengan senang membayangkan diri saya sedang menunggang jentera saya sendiri.
 

Dycatiu


Antara cabaran besar dalam pembangunan jentera lumba elektrik ini adalah berkaitan dengan saiz, berat, serta jarak operasi yang mampu ditawarkan oleh pek bateri.

Ini kerana Ducati berazam untuk menghasilkan motosikal elektrik berprestasi tinggi yang ringan untuk semua peserta FIM Enel MotoE™ World Cup.

Selain daripada prestasi yang lebih baik, Ducati juga membangunkan sistem penyejukan yang bersesuaian bagi memastikan pengedaran kuasa yang konsisten sepanjang perlumbaan.
 

Ducai


Sudah pasti, pengalaman dalam membangunkan jentera V21L ini bakal menjadi sokongan asas kepada program penyelidikan dan pembangunan jentera jalanan yang sporti, ringan, menyeronokkan dan mampu memuaskan hati para peminat Ducati.