Ducati kembali dengan Monster 821 baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
Ducati telah melancarkan model 821 Monster terbaharu mereka untuk tahun 2018, dan juga sempena 25 tahun model Monster di dalam pasaran.

Selama 25 tahun itu, Ducati telah menjual lebih dari suku juta unit Monster dan berjaya menjadikannya sebuah model basic yang masih diminati ramai..

Untuk menyambut kejayaan itu, Ducati telah menghasilkan produk kemaskini terbaharu, Ducati 821 Monster model tahun 2018.

Antara perubahan yang diberikan ialah:

  • Ekzos serba baharu, serba modern. 
  • Tempat letak kaki penunggang dan pembonceng yang berasingan.
  • Kunci gaya boot ski pada tangki, sempena menyambut model Monster pertama, M900.
  • Port USB di bawah pelana.
  • Pakej Ducati Safety pack dengan ABS dari Bosch, Traction Control Ducati sebanyak lapan tahap dan tiga mod penunggangan yang telah siap diprogramkan.
  • Brek dipertingkat dengan sepasang brek cakera Brembo 320 mm di hadapan, diangkup oleh M4-32 mononbloc radial.
  • Fork hadapan terbalik, 43 mm.
  • Skrin TFT warna dengan penunjuk gear dan tolok bahanapi.
  • Enjin kekal sejukan cecair Testastretta 11-darjah dengan 109 hp
monster 812 2017

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Jaket jenama Dainese yang sekarang ini boleh didapati pada Ducati’s Multistrada 1260 D|air®, hanya…
Berita Domestik
Bagi menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli mana-mana produk Shell Advance 4T dengan…
Berita Global
Memetik laporan Visor Down, acara tersebut diberi nama sebagai Sunday Ride Classic (SRC).