Ducati Diavel 2019 - bakal jadi super cruiser paling canggih dunia!

oleh HEZERI SAMSURI|
Ducati nampaknya percaya pasaran untuk Diavel sangat kuat dan meletakan harapan yang amat tinggi untuk model super cruiser itu.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini dikongsi oleh laman web MCN yang melaporkan model Diavel 1260 S yang akan hadir hujung tahun ini bakal menjadi super-cruiser paling canggih di dalam pasaran.

Diavel baharu itu akan menggunakan enjin XDiavel, iaitu Testastretta DVT-V-twin yang ditala semula untuk menghasilkan lebih dari 150 hp.

Enjin itu akan menjadi komponen penting di dalam kerangka Diavel dan ia akan menggunakan sistem gantungan Ohlins boleh laras.

Selain dari itu, Diavel baharu akan berkongsi komponen brek Brembo Monoblock dari Panigale. Ini penting kerana dari spesifikasi rim belakang yang selebar lapan-inci itu, ia memang akan memuatkan tayar sebesar 240 dari superbike.

Jika konsep XDiavel lebih kepada cruising, Diavel baharu akan lebih menjerumus kepada tunggangan sporti. Kerana itu juga fork hadapan akan lebih menegak (dari 28 kepada 27-darjah).

Kerangka juga baharu 100 peratus dan walaupun Diavel 2019 mempunyai jarak antara roda yang lebih panjang (15 mm lebih panjang, menjadikan jarak itu kepada 1,600 mm), super cruiser ini dikatakan mempunyai tabiat yang lebih agresif.

Bayangkan sebuah motosikal cruiser dengan kuasa maksimum lebih 150 hp. Gambaran di atas ialah hasil dari wawancara MCN dengan Ducati sendiri.

Tak sabar untuk melihatnya!

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…