Dua syarikat automotif Malaysia bakal berkembang ke Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua syarikat automotif yang berpengkalan di Malaysia akan memulakan operasi mereka di Indonesia dalam masa yang terdekat.
Kawasaki Legend Reborn

Menurut CEO Malaysia Automotive Institute (MAI), Datuk Madani Sahari, syarikat-syarikat itu mempunyai teknologi pembikinan kenderaan dan sudah lama beroperasi di Malaysia.

"Kali ini mereka serius untuk memasuki pasaran Indonesia dan segala persediaan sudah hampir sempurna," terangnya.

 

 

"Ia membuktikan platform perdagangan untuk industri automotif dari kedua-dua negara sudah bersedia untuk mencipta persekitaran yang lebih kuat bagi kepentingan rantau Asean," tambah Madani.

Untuk projek kereta Asean menjadi realiti, ia perlu mempunyai teknologi dan juga kepakaran dari segi penghasilan komponen dan perjanjian antara MAI dan Instituti Otomotif Indonesia membolehkan perhubungan dua hala ini berkembang dengan lebih cepat.

Teknologi ialah satu perkara yang memang dimiliki oleh syarikat OEM dan vendor Malaysia sementara bidang pemasangan dengan skala besar pula memang menjadi fokus utama Indonesia.

"Malaysia mahu membawa masuk teknologi-teknologi ke dalam industri automotif Indonesia," sambung Madani.

"Tidak mustahil sekiranya kita membuka pusat R&D di Indonesia. Jepun melakukannya, kenapa tidak kita?" soal beliau sebelum majlis berakhir.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hari Terbuka MAI dianjurkan bagi membawa pengenalan kepada industri automotif tempatan dan program-…
Berita Domestik
  Darell berkata semua cadangan yang dihantar akan dikaji oleh pelbagai agensi di bawah MITI,…
Berita Global
"Tidak semestinya ia kenderaan penumpang. Ia boleh jadi sebuah kenderaan komersil, atau kenderaan…