Indeks Kepuasan Pemandu Waze menganalisa pengalaman pemanduan dari jutaan pengguna Waze yang aktif di 39 negara dan 217 destinasi untuk mencatat skor daro 10 (paling puas hati) ke 1 (paling tidak seronok).
Malaysia berada di tangga 21 dalam indeks dunia itu.
Walaupun Waze mempunyai lebih dari 90 jutaa pengguna aktif setiap bulan di dalam lebih dari 186 negara, Waze memilih untuk memberikan fokus kepada negara-negara dan destinasi-destinasi yang mempunyai lebih dari 40,000 pengguna aktif sebulan supaya data diterima lebih tepat dan mampu dijadikan perbandingan yang lebih adil.
Indeks Kepuasan Pemandu Waze mengambil kira enam ukuran kualitatif dan kuantitatif:
- Trafik
- Keselamatan
- Perkhidmatan untuk pemandu
- Keadaan jalanraya
- Sosio ekonomi
- Mesra Waze
Di bawah ialah jaduan kedudukan negara-negara Asia Pasifik dan juga kedudukan destinasi di dalam Malaysia.