Dua lelaki maut jengkaut terbalik

oleh Hamimah Hamid|
DUA lelaki warga Bangladesh maut selepas jengkaut dikendalikan mereka terbalik di kawasan tapak kuari, Simpang Pulai, malam tadi.

Kedua-dua mangsa yang dianggarkan berusia 30 hingga 40-an itu tersepit dalam jengkaut dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Shaharudin Tuan Ali berkata, sepasukan 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.17 malam.

 

"Kedua-dua mangsa tersepit dan terperangkap dalam jengkaut yang dipercayai terbalik semasa menjalankan kerja-kerja di kuari tersebut.

 

Anggota terus menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas selain menerima bantuan jentolak pihak kilang terbabit," katanya. 

 

Menurut beliau, mayat mangsa berjaya dikeluarkan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 9.55 malam.