Katanya, bagaimanapun polis menyediakan jalan alternatif bagi mengawal lalu lintas perarakan pedati di sekitar lokasi terlibat.
“Laluan dari arah Teluk Intan ke Klang ditutup di Kilometer 45.5 dan dilencongkan di lampu isyarat Teluk Piah.
“Manakala, laluan dari arah Klang ke Teluk Intan pula hanya dibuka satu arah iaitu bagi kenderaan dari Klang ke Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Ramli, pihaknya turut menyediakan papan tanda dan petugas trafik bagi melancarkan aliran trafik serta kesesakan.
Tambah beliau, semua pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh berkenaan.
“Tindakan saman dan tunda akan diambil terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas,” katanya.