Dua cedera, pesawat ringan terhempas

oleh Hamimah Hamid|
JURULATIH penerbangan dan pelatih cedera selepas pesawat ringan jenis Cesna 172 di sebuah ladang di Felda Besout 2 Tambahan dekat Sungkai, pagi tadi.

Mangsa, Kapten Shahrul Imran berusia lingkungan 30-an yang merupakan jurulatih penerbangan patah peha kiri manakala pelatih Le Ho Jia, 20-an cedera di bahagian muka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihak bomba menerima panggilan kejadian kira-kira pukul 9.46 pagi.

 

Menurutnya, makluman awal sebuah kapal terbang dimaklumkan jatuh berdekatan Ladang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Sungkai iaitu kapal terbang jenis Cessna 172 daripada Layang Layang Flying Academy.

 

Beliau berkataa, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dibantu BBP Bidor dan BBP Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

Kedua-dua mangsa selamat dan dihantar ke ke Hospital Slim River untuk rawatan.

 

Kejadian berkenaan disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.