Dua beranak mati di perlumbaan go-kart Kuantan adalah akibat kemalangan jalanraya - koroner

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian dua beranak meninggal kerana dilanggar kenderaan lumba yang terbabas ketika menonton acara Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) pada September 2016 telah diputuskan oleh Mahkamah Koroner Kuantan sebagai satu kejadian yang tidak dapat dielakkan.

Menurut laporan Berita Harian, koroner, Dazuki Ali memutuskan Izwan Isa, 39 dan anak bongsunya, Nur Zulaikha, 5, meninggal akibat kemalangan jalanraya.

Menurut Dazuki, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku penganjur telah melakukan perancangan dengan baik walaupun ada perubahan lokasi dan arah laluan litar di Jalan SUKPA, Indera Mahkota.

Mahkamah berkata pihak terbabit sudah mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam penganjuran perlumbaan dan mengambil langkah sewajarnya dari aspek keselamatan, termasuk keselamatan pelumba.

 

 

Izwan mengalami kecederaan parah di dada sementara anaknya mengalami kecederaan parah di kepala.

Kenderaan lumba ala Formula SAE bernombor 27 itu dipandu oleh Azril Ba'ith Razak, 25, dari Universiti Multimedia Melaka. Beliau bergesel dengan dua jentera lumba lain sebelum terbabas dan melanggar penghadang yang memisahkan penonton dan litar.

Mahkamah meneliti keterangan dari 20 orang saksi termasuk Timbalan Pendakwa Raya, Wahida Zainal Abidin; peguam, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili UTM; Che Ariffin Mohd Ali (wakil keluarga mangsa); Mohd Syahril Daud (Persatuan Sukan Permotoran Malaysia); Juliana Abu Bakar dan Rosmah Rosli (Majlis Perbandaran Kuantan); serta Ahmad Hazwan Hamdan (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser).

 

 

Careta turun hadir menyampaikan sumbangan derma kepada keluarga mangsa dua minggu selepas kematian dua beranak itu.

Di samping itu, Careta turut turun melihat tempat kemalangan dan mendapati kawasan itu sepatutnya tidak boleh dimasuki oleh penonton.

Ketika itu, persoalan lebih kepada kenapa penonton tidak dihalang dari masuk ke kawasan itu dan kenapa perlumbaan tidak dihentikan bila ada penonton di kawasan larangan. 

Pastinya pihak mahkamah lebih arif akan hal-hal keselamatan semasa perlumbaan motorsports.

 

 

Sekiranya anda berminat hendak menonton acara perlumbaan kenderaan dengan peluang untuk duduk hampir kepada kenderaan tersebut, jangan lupa untuk hadiri acara motorsports oleh UTM. 

Di bawah adalah artikel-artikel Careta berkaitan tragedi tersebut.

Tragedi gokart di Kuantan - salah kerajaan?

EIMARace bukan Gokart

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Loke Siew Fook telah hadir dan merasmikan Majlis Pelancaran dan…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Berita Harian, inisiatif ini diusahakan dibawah Program Kereta Lumba…
Berita Domestik
Petronas Dagangan Berhad akan melabur sebanyak RM50 juta bagi membuka stesen minyak di lima…