Pusat pameran bertaraf mercu ini dirasmikan oleh Yves Bonnefont, CEO DS Automobiles dan Dato' Anand Samson George, CEO Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings.
Menampilkan elemen mewah dan moden Perancis, serta warna ekslusif hitam hangat, carmine red dan champagne, DS Store Petaling Jaya ini menerapkan bahasa rekaan terkini pusat pameran DS di seluruh dunia.
Dengan jumlah keluasan sekitar 3,230 kaki persegi, pusat bertaraf 3S ini mampu memuatkan tiga buah kereta pameran pada satu-satu masa selain menjadi pusat sehenti bagi kemudahan dan kesenangan para pemilik DS.
Terdapat juga sudut VR Zone yang mengadaptasikan teknologi virtual maya DS Virtual Vision untuk memberikan gambaran dengan lebih realistik model terbaharu DS kepada para pengunjung.
Menurut Dato' Samson, mereka merancang untuk melabur kira-kira RM5 juta dalam usaha untuk tujuan pemasaran, selain dari kos membangunkan pusat 3S bernilai RM2 juta itu.
Sehingga kini, DS sudah pun mempunyai 450 buah pusat pameran serata dunia dan merancang untuk memperluaskan lagi pengaruh jenama tersebut pada masa akan datang