Dron bawa bom tersasar, pesawat komersial jadi 'mangsa'

oleh SALINA JALIL|
Sebuah pesawat komersial di Lapangan Terbang Abha di selatan Arab Saudi mengalami kebakaran selepas sebuah dron membawa bom dilancarkan oleh pemberontak Houthi di Yaman.

Media tempatan bagaimanapun melaporkan kebakaran pesawat komersial dalam kejadian pada Rabu lalu dapat dikawal.


"Serangan pengganas dilancarkan oleh militan Houthi dan sasaran mereka adalah Lapangan Terbang Abha, walaubagaimana pun sebuah pesawat komersial di kawasan lapangan terbang yang terkena dron tersebut dan ia menyebabkan kebakaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Bagaimanapun, ia (kebakaran) dapat dikawal," lapor stesen televisyen kerajaan, Al-Ekhbariya pada Rabu. Susulan kejadian, pemberontak Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

 

Pergolakan konflik di Yaman sejak 2014 apabila pemberontak Houthi mengambil alih kuasa di sebahagian besar negara itu, termasuk ibu negaranya, Sanaa.

 

Perang tercetus sejak Mac 2015 apabila tentera gabungan diketuai Arab Saudi campur tangan untuk mengembalikan kuasa kepada kerajaan pimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

 

Sebagai tindakan balas, pemberontak Houthi sering melancarkan serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan lapangan terbang antarabangsa, kemudahan tentera dan infrastruktur minyak di Arab Saudi.

 

Dalam pada itu, Arab Saudi berjaya memintas serangan satu peluru berpandu balistik dan dua dron yang dilancarkan pemberontak Houthi, pada Khamis.

 

Sementara itu, AFP melaporkan Jerman, United Kingdom dan Perancis mengutuk serangan di lapangan terbang berkenaan dengan menyifatkannya menyalahi undang-undang antarabangsa.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
"Justeru, saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin meneliti beberapa…
Berita Domestik
  Beliau berkata setakat ini pesakit menggunakan aplikasi dalaman hospital itu untuk memesan ubat-…
Berita Domestik
  Beliau berkata, dron sasaran itu boleh digunakan ketika proses latihan ujian tembakan yang…