Baru-baru ini, satu hantaran di Facebook kelab Perodua Myvi 2022 Facelift oleh Fizi Zulkifli menunjukkan DRL pada Myvi miliknya telah dicuri.
Jika sebelum ini pencuri-pencuri menyasarkan komponen seperti bateri, rim, lampu depan dan belakang serta komponen dalaman, kini DRL dari Myvi facelift pula menjadi mangsa terbaru.
Dalam gambar yang dihantar oleh Fizi, kelihatan wayar bersama soket lampu DRL tersebut telah terjuntai keluar dari bumper, agak bernasib baik kerana pencuri tidak memotong wayar DRL tersebut.