DreamEDGE peneraju syarikat NNC, terima sokongan daripada Daihatsu Jepun!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu sidang media rasmi yang dilakukan di Kuala Lumpur sebentar tadi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking mengumumkan syarikat peneraju di sebalik projek kereta nasional ketiga negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

DreamEDGE merupakan sebuah syarikat tempatan yang berpengalaman di dalam menyediakan solusi dan perkhidmatan terutama di dalam bidang teknologi termaju diumumkan sebagai syarikat utama di dalam projek ini. 

Dalam pada itu, MITI turut mengumumkan penglibatan syarikat Jepun, Daihatsu Motor Company sebagai pembekal sokongan kepada DreamEDGE di dalam teknologi termaju. 
 


Projek kereta nasional terbaharu ini bakal memfokuskan kepada model baharu yang mampu milik, namun padat dengan teknologi terkini. 

Menariknya, dalam satu garis masa cadangan yang dibentangkan, DreamEDGE memperuntukkan masa hanya tiga tahun untuk memperkenalkan model pertama mereka untuk pasaran Malaysia. 

Ini bermakna, model prototaip pertama bakal diperkenalkan pada tahun hadapan dengan pelancaran rasmi dilaporkan bakal mengambil tempat pada Mac 2021.

Menurut sidang media sebentar tadi, mereka akan memfokuskan terlebih dahulu terhadap teknologi Advanced ICE (enjin pembakaran dalaman termaju) dan juga teknologi hibrid untuk model-model mereka akan datang. 

Manakala model pertama yang bakal menjengah pasaran difahamkan merupakan sebuah sedan dalam segmen B+.