DRE tawar peluang tunggang uji pelbagai jenis motosikal 20 Januari ini

oleh Firdaus Razani|
Satu acara tunggang uji pelbagai jenama akan diadakan pada Sabtu ini untuk memberi peluang kepada pembeli atau pengguna motosikal merasai pengalaman baharu dengan motosikal yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 20 Januari di Gamuda Gardens di Rawang dari jam 8 pagi hingga 6 petang di mana pengguna boleh menguji pelbagai jenis motosikal dalam satu tempat yang sama.

 

DRE

 

Acara tunggang uji pelbagai jenama tersebut merupakan anjuran bersama Kevin yang merupakan pengajar DRE dan motosikal serta lagenda penunggang aksi bermotosikal, Gabit Saleh.

Menurut mereka, mereka percaya bahawa tiada satu motosikal yang sesuai dengan semua orang dan tiada seorang pun yang sesuai untuk satu motosikal sahaja.

Setiap penunggang adalah berbeza, dari segi saiz dan dalam gaya serta keutamaan menunggang, malah sifat-sifat ini boleh berubah mengikut peredaran tahun.

Pada hari acara pandu uji tersebut juga, peserta boleh mendapatkan baucar makanan bernilai RM20 yang boleh ditebus di restoran terpilih di Gamuda Gardens Waterfront Village.

Sebelum melakukan penebusan baucar, peserta perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Relationship Associates (RA) di  Experience Gallery yang terletak 100 meter dari trek tunggang uji.

Peserta boleh menebus baucar makanan di Experience Gallery dan tunjukkan bukti bahawa telah menyertai aktiviti tunggang uji tersebut seperti gambar borang yang ditandatangani serta ketika menunggang motosikal.