DRB-Hicom lepaskan 100% pegangan dalam Lotus kepada Etika Automotive dan Zhejiang Geely Holding Group

oleh Muhammad Md Tajudin|

Serentak dengan majlis menandatangani perjanjian muktamad pada Jumaat, DRB-HICOM juga menjual keseluruhan sahamnya dalam Lotus Advance Technology Sdn Bhd kepada Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) dan Etika Automotive Sdn Bhd.

Ini menandakan tamatnya penglibatan DRB-HICOM dan kumpulan Proton dalam segmen kereta sport melalui penjualan Lotus. Walau begitu, Lotus masih dimiliki rakyat Malaysia apabila ia secara bersama dimiliki oleg Etika Automotive Sdn Bhd.

Syed Faisal berkata penjualan Lotus membolehkan tumpuan khusus diberikan kepada segmen pasaran kenderaan penumpang yang lebih luas. 

Dalam erti kata lain, DRB-HICOM mahu memberikan fokus 100 peratus dalam meraih semula pasaran kenderaan penumpang.

PROTON mengambil alih pengeluar kereta United Kingdom itu pada tahun 1996, dan beberapa model keluaran mereka mendapat manfaat daripada teknologi milik Lotus.

Sementara itu, Pengerusi ZGH, Li Shufu berkata "Kami pempunyai rancangan untuk meningkatkan pelancaran model baharu dan juga meningkatkan kapasiti bagi memaksimakan daya tarik jenama ini.

PROTON dan Lotus bakal mewujudkan sinergi bagi meletakkan ZGH sebagai antara pengiat industri utama di pasaran ASEAN dan seterusnya meningkatkan kedudukan global kami serta mengukuhkan usaha mencapai sasaran jualan tiga juta unit menjelang tahun 2020.

Kami yakin masa depan yang lebih cerah akan dapat dikongsi bersama berlandaskan kepada nilai hormat, adaptasi, keterangkuman dan integrasi,"

Dengan pengambil alihan ini, ZGH bakal mempunyai unit automotif mirip kumpulan VW atau Fiat-Chrysler. Dari kereta penumpang, kereta mewah sehingga kereta sport.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Hennessey sememangnya sudah ada satu supercar sebelum ini, Hennessey Venom GT (gambar di bawah)…
Berita Global
Selain dari itu, banyak komponen datang dalam ebntuk carbon-fibre semata-mata untuk memastikan…
Berita Global
Selain dari berita tentang struktur baharu Proton Holdings Berhad dan subsidiarinya, hari ini juga…