DRB-Hicom Commercial Vehicles Sdn Bhd selaku pengedar sah kenderaan Tata Motors di Malaysia kini mengorak langkah baharu dengan memulakan operasi pemasangan secara tempatan (CKD) untuk kenderaan Tata Motors di Malaysia.
Pelancaran operasi CKD ini dimulakan dengan model Tata Super Ace dan Tata Ultra 814 (7,500 kg) dan lori 1014 (10,400 kg).
Ia merupakan langkah strategik untuk merangsang penjualan dan penguasaan pasaran bagi rangkaian produk Tata Motors, terutama di dalam segmen pikap kecil dan trak ringan di Malaysia.
Untuk memacu perkembangan dalam segmen tersebut, DHCV dan Tata Motors berhasrat untuk melancarkan kempen pemasaran secara menyeluruh di semua rangkaian media.
Dengan langkah terbaharu memulakan operasi pemasangan tempatan, ia akan menguatkan lagi komitmen Tata Motors dan DHCV untuk menjadi pengeluar berkaliber dalam segmen kenderaan komersil di Malaysia.