Domino's Pizza guna Ford Pandu Sendiri

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ford dan Domino's Pizza di Ann Arbor, Michigan, Amerika Syarikat bergabung untuk menguji sistem penghantaran pizza menggunakan kereta berautonomi (autonomous vehicle) yang dipandu ikeh sistem komputer.

Apa yang berlaku ialah pizza akan dimasukkan ke dalam ketuhar pemanas yang diletakkan di tingkap belakang Ford Fusion itu.

ford domino 1

 

Kemudiannya Ford Fusion itu akan memandu sendiri ke alamat pelanggan. Pelanggan akan menerima teks dari henfon mereka menyatakan Ford Pizza itu akan tiba dan mereka boleh mengambil pizza mereka dengan menggunakan kod untuk membuka tingkap ketuhar itu.

Sebenarnya, Ford Fusion itu mempunyai seorang jurutera keselamatan di tempat pemandu dan beberapa orang jurutera kajian yang bertindak untuk memastikan kenderaan itu berfungsi baik dan tidak mengalami kemalangan.

ford domino 2

 

Data-data yang dikumpul akan digunakan untuk menjadikan kenderaan berautonomi lebih selamat.

Untuk perkhidmatan pizza pula, dunia maju ini lebih mahu mengurangkan interaksi antara sesama manusia. Walaupun alasan diberikan ialah tidak ada pelanggan yang mahu berjumpa dengan penghantar pizza, sebenarnya pihak syarikat pizza mahukan sistem yang mengurangkan jumlah pekerja dan sistem yang lebih selamat dan tidak akan mengambil cuti sakit.

ford domino 3

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas melakukan ujian kereta swapandu penghantaran pizza kepada para pelanggan, Domino's Pizza…
Berita Global
Jalan yang kasar, dan berlubang-lubang mendatangkan masalah kepada syarikat pengedar pizza…
Berita Global
Memetik laporan USA Today, New York Post, Fox News dan Reuters kelmarin, Miami akan menjadi hab…