Domino's Pizza ambil alih tugas kerajaan tempatan memperbaiki jalan yang teruk

oleh Mohamad Hanif|
Jika di Malaysia, kita lebih mengenali kumpulan Brotherhood yang lantang memperjuangkan jalan-jalan raya yang diabaikan oleh pihak yang berkaitan, di Amerika terdapat organisasi pizza yang prihatin terhadap keadaan jalan yang teruk di sana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jalan yang kasar, dan berlubang-lubang mendatangkan masalah kepada syarikat pengedar pizza terkemuka, Domino's Pizza apabila mereka keluar menghantar pizza kepada para pelanggan mereka di sana. 
 


Domino's Pizza melancarkan inisiatif tersendiri menerusi kempen 'Paving for Pizza' membolehkan peserta dan pelanggan Domino memasukkan kod ZIP sesebuah bandar yang mempunyai jalan yang bermasalah, dan seterusnya kerajaan tempatan tersebut akan menerima bantuan membaiki jalan daripada Domino.

Menurut Domino, inisiatif ini dilancarkan kerana mereka tidak mahu mendatangkan sebarang kerosakan kepada pizza yang dihantar kepada para pelanggan seperti cheese yang melekat pada kotak pembungkus, dan topping yang tidak terletak dengan baik selepas proses penghantaran selesai. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Global
Jabatan Polis Baltimore dalam satu kenyataan "Saya boleh mengesahkan pada 1:35 pagi, polis…
Berita Global
Tindakan itu berlaku adalah untuk mengurangkan kos ketika pembuat kereta itu menghadapi cabaran…