Dominasi Puspakom bakal berakhir - JPJ buka permohonan untuk syarikat lain masuk

oleh HEZERI SAMSURI|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka permohonan untuk mana-mana syarikat yang mahu membuka pusat perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermula Jun ini.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, tindakan ini dilakukan demi untuk memberikan persaingan yang sihat kepada industri itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam industri pemeriksaan kenderaan dan mewujudkan persaingan sihat yang bakal menguntungkan pengguna," ujar beliau petang tadi.

Namun begitu, pemohon perlu akur dengan garis panduan dan peraturan yang ditentukan oleh JPJ. 

Antaranya ialah lokasi pembukaan pusat pemeriksaan tersebut yang akan dikawal oleh JPJ.

"Untuk peringkat permulaan, setiap pemohon perlu membuka di dua lokasi, satu di kawasan urban dan satu lagi di kawasan luar bandar," sambung beliau.

"Kedua-dua pusat itu perlu dibuka serentak dan senarai lokasi akan diumumkan pada sesi perjumpaan dengan pemohon pada 23 April nanti.

Objektif utama ialah agar semua negeri dan semua kawasan mempunyai sekurang-kurangnya satu pusat pemeriksaan kenderaan bagi kawasan bandar dan luar bandar," kata Loke.

Syarikat pemohon juga memerlukan modal berbayar sekurang-kurangnya RM10 juta dan modal pusingan sebanyak RM5 juta bagi memastikan operasi yang mampan.

Syarikat juga akan menerima kelulusan sementara selama 24 bulan di mana pada akhir tempoh itu setiap pusat perlu lengkap dengan segala kelengkapan dan beroperasi sepenuhnya.

Mereka yang berjaya akan menerima lesen untuk melakukan pemeriksaan kenderaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) untuk tempoh maksimum sehingga 10 tahun.

Loke juga berkata Puspakom masih akan terus beroperasi kerana lesen mereka diperbaharui untuk tempoh 15 tahun lagi bermula dari 1 Sept, 2024.

Untuk laporan penuh, layari The Star.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak kejadian, pasukan khidmat pelanggan Chery telah berhubung rapat dengan pelanggan dan telah…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…
Berita Domestik
Dari jumlah itu, kira-kira 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya…