Dokumen hilang, musnah? Mangsa banjir boleh buat MyKad, lesen, Pasport secara PERCUMA

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Banjir yang melanda di beberapa lokasi di seluruh negara mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk dokumen pengenalan diri dan peribadi penting.


Namun bagi mangsa banjir yang kehilangan dokumen peribadi di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak perlu gusar kerana boleh mendapatkan penggantian dokumen peribadi itu secara PERCUMA.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di Dewan Negara. Katanya, agensi di bawah KDN iaitu Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen akan diarahkan supaya membantu mangsa dalam proses menggantikan dokumen mereka musnah atau hilang bagi meringankan beban.

 

Antara dokumen terbabit adalah seperti berikut:
• Kad pengenalan
• Sijil kelahiran
• Sijil kematian
• Pasport

 

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan turut membantu mangsa banjir dari segi penggantian dokumen berkaitan JPJ.

 

Mangsa banjir diberi pengecualian bayaran untuk mengganti dokumen yang rosak atau hilang seperti:

 

• Lesen memandu
• Lesen kenderaan motor
• Sijil pemilikan kenderaan

 

Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong dalam kenyataannya meminta mereka yang terbabit perlu mengemukakan laporan polis semasa proses penggantian dokumen berkenaan.

 

Diharapkan kelonggaran-kelonggaran ini dapat membantu mangsa banjir untuk kembali menikmati kehidupan normal selepas ini.

 

 

Sinar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…