Dokumen dalaman dedah rahsia Tesla mencapai target 5,000 unit produksi untuk seminggu

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah dokumen dalaman yang tertiris menunjukkan Tesla terpaksa memperbaiki lebih daripada 4,300 unit Tesla 3 daripada jumlah 5,000 unit produksi yang tercapai ketika minggu terakhir Jun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini, Tesla dilaporkan telah berjaya mencapai 5,000 unit produksi setelah mengalami beberapa halangan seperti masalah automasi robot, isu bateri dan beberapa isu lain yang menghalang mereka mencapai sasaran yang ditetapkan. 

 

Jika diikutkan kepada kelaziman industri automotif, kereta-kereta yang telah melepasi proses peoduksi tanpa perlu diperbaiki digelar sebagai first pass yield (FPY) kilang tersebut. 

Ini bermakna, Tesla hanya mencapai sasaran FPY sebanyak 14% sahaja, dan selebihnya perlu memasuki barisan pengeluaran untuk diperbaiki dengan purata masa yang diambil untuk setiap model yang terjejas adalah selama 37 minit. 
 


Menurut Ron Harbour, konsultan di Oliver Wyman yang menghasilkan garis panduan The Harbour Report, sebuah kilang pengeluar yang kompetitif mempunyai markah lulus sebanyak 80% dan ke atas bagi kenderaan yang tidak perlu untuk diperbaiki semula, dengan purata sebanyak 65-80% secara keseluruhannya.

Tambah beliau lagi, jumlah kerja yang perlu dipersiapkan bagi membaiki semula kereta yang terjejas akan memberikan kesan kepada produktiviti keseluruhan kilang, dan ia bertambah buruk sekiranya pekerja terpaksa menambah jam bekerja bagi menyiapkan kerja yang semakin meningkat. 

Seorang wakil Tesla menjelaskan kepada The Business Insider bahawa walaupun angka FPY seharusnya sulit, tujuan mereka adalah untuk menghasilkan kereta yang sempurna untuk setiap pelanggan Tesla, dan disebabkan itu, isu-isu yang kecil turut diambil kira dalam proses memperbaiki kereta sebelum mereka keluar sepenuhnya dari barisan produksi. 

Antara isu yang kerap melanda Model 3 ialah proses pemasangan (dilakukan oleh manusia) yang gagal mencapai piawaian yang ditetapkan walaupun perincian berkenaan masalah tersebut tidak dibentangkan sepenuhnya oleh wakil Tesla itu. 
 


CEO Tesla Elon Musk mengakui barisan produksi kilang Tesla adakalanya terlalu pantas sehingga mengakibatkan panel yang dipasang tidak mengikut piawaian, dan produksi terpaksa dihentikan seketika bagi membetulkan kembali masalah tersebut. 

Menurut Harbour, sejak 25 tahun yang lalu, para pengeluar memfokuskan usaha mengelakkan masalah yang disebutkan dengan menjadikan proses pengeluaran dilakukan dengan betul sejak dari mula. 

Walaupun setelah diselaraskan di peringkat keseluruhan, pihak atasan perlu tahu cara untuk mengatasi masalah kecatatan sesuatu bahagian tanpa perlu memindahkan kenderaan ke fasa berikutnya atau sehingga ke barisan akhir pengeluaran. 

"Elon Musk perlu belajar daripada Toyota bagaimana mereka mencabar pemikiran tahun 60-an dan 70-an seterusnya menghasilkan produk yang sifar kecatatan, dan mereka berjaya melakukannya!" ujar Harbour mengakhiri bicara. 

Sumber: The Business Insider

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…