Dodge Demon dipanggil semula - isu litar pintas mengakibatkan fungsi cruise control gagal dimatikan

oleh Mohamad Hanif|
Dodge memanggil kembali varian Challenger Demon dikhuatiri terdapat kemungkinan kereta tersebut hilang kawalan akibat fungsi cruise control yang tidak boleh dimatikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut The National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), model Demon menggunakan powertrain control module yang disyaki mampu membuat satu litar pintas seterusnya membiarkan mod cruise control sentiasa terpasang dan tidak dapat dimatikan walaupun dengan menekan brek. 
 


Sebanyak 1930 kereta Demon terjejas akibat isu litar pintas ini dan para pemilik dinasihatkan supaya tidak menggunakan ciri cruise control ini sehingga dihubungi pihak Dodge untuk tindakan lanjut bermula September ini. 

Kes yang sama dilaporkan membabitkan sejumlah 4.8 juta unit kereta di bawah seliaan FCA beberapa bulan yang lalu melibatkan 15 model yang berlainan. 

Menurut satu laporan yang berbeza, kempen panggil balik semula yang terkini ini turut melibatkan model-model lain yang disyaki terjejas seperti Challenger, Charger, 300, dan trak pikap RAM disebabkan penggunaan powertrain control module yang serupa.