Dmax 'Bro Jihad' Yang Jahat

oleh Arahman Crew|
Mohd Al Syaiddi Bin Ab Manaf '31 atau lebih dikenali dengan nama glamornya 'Jihad'. Pemuda yang berasal dari Kota Bahru Kelantan ini berjaya melakukan modifikasi extrem keatas Isuzu Dmax yang di belinya pada tahun 2016.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika dahulunya kita melihat model-model seperti ini digunakan untuk tujuan mengangkat barang, kini modifikasi pick up di Malaysia kini menjadi trend yang meningkat naik dengan hadirnya banyak aksesori dari negara jiran (Thailand) yang sememangnya pakar dalam model-model seperti ini.

 

Jihad merupakan ushawan sebuah kedai aksesori 4x4 di Kota Bahru, dan berjaya mengubahsuai jentera Isuzu Dmax dari segi kosmetik dan prestasi enjin kepada 498HP yang telah menelan belanja melebihi RM80,000.

Beliau yang sanggup datang dari Kota Bahru menemui jurugambar kami Shah Adam di Putrajaya untuk sesi pengambaran sambil diapit 2 buah Jentera Honda Civic Type R yang merupakan kereta impian Jihad.

 

Spesifikasi:

 

Model: Isuzu All New Dmax

Enjin asal : Enjin asal dmax 2.5 (upgrade ke 3.0)

Mod enjin : Turbo F 55v, Intercooler Piping Titanium MS, Twin Authentic Bosch Fuel Pump

Elektronik/Management: ECU Shop Diesel Monster Max

Gearbox: OS Gearbox

Brek: AP Racing

Tayar & Rim: Rim : TE37 18. 9.5/10.5jj  Tayar : Yusta 

Suspensi: Super J adjustable

Luaran: Komponen gentian Tanutong karbon F1 (bonet), Spoiler Akana dan cermin sisi  Crafc Square.

Dalaman: Seat Recaro Evo 7, Monster Gauge, Blower Meter, Defi Meter

Bengkel & Penaja: MS TITANIUM THAILAND, KAY SHOP, IRON BAR, TANUTONG CARBON

Nama pemilik: Mohd Al Syaiddi bin Ab Manaf (Jihad)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…