Diskaun mee ramen dan kos kebumi jika berhenti memandu

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada tahun 2016, 965 kematian atau lebih dari suku jumlah kemalangan jalanraya di Jepun adalah terdiri dari pemandu yang berusia lebih dari 65 tahun.

Menurut Agensi Polis Nasional Jepun, angka itu sangat serius dan mereka sedang mencari jalan untuk menurunkan jumlah itu.

Sebanyak 28.3 peratus kemalangan maut adalah berpunca dari pemandu tua dan angka ini meningkat dari 17.9 peratus 10 tahun dulu.

Ini ditambah lagi dengan fakta di mana dalam tahun 2060, seramai 40 peratus penduduk Jepun dijangka akan berusia lebih dari 65 tahun.

Yokohama Crash
Kemalangan di Yokohama di mana seorang pemandu berusia 87-tahun merempuh sekumpulan pelajar sekolah dan membunuh seorang dari mereka yang berusia enam tahun, Gambar dari Kyoto Times dan Getty Images.

 

Antara kes yang pernah terjadi ialah seorang pemandu Jepun berusia 87 tahun telah merempuh sekumpulan pelajar sekolah dengan trak beliau dan membunuh seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

Kerajaan Jepun menawarkan kursus-kursus pemanduan untuk golongan tua agar mereka boleh dilatih kembali untuk memandu dengan selamat.

elderly Japanese driver training

 

Kebanyakan dari mereka memang sudah kurang keyakinan untuk memandu tetapi masih tetap terpaksa memandu kerana tiada alternatif.

Menurut Masato Zenyouji, seorang pelatih pemanduan di Japan Automobile Federation (JAF), antara masalah pada pemandu tua ialah kebolehan mereka untuk membuat keputusan dengan segera - contohnya untuk menekan brek pada saat kecemasan.

“Bila kelajuan meningkat, ruang pandangan atau field of view mereka semakin mengecil dan ini akan mengakibatkan kemalangan,” terang beliau.

Polis Jepun pula berkata antara punca kemalangan ialah pemandu tua yang tertukar pedal brek kepada pedal pendikit dan juga hilang kawalan stereng.

Sementara itu beberapa kerajaan tempatan di Jepun sedang menawarkan beberapa pakej menarik kepada 4.8 juta orang pemandu berusia lebih 75 tahun untuk menyerahkan lesen memandu mereka.

Antara pakej yang ditawarkan ialah diskaun atas kos pengkembumian mereka nanti, diskaun untuk mee ramen serta diskaun atau perkhidmatan percuma bagi teksi dan bas.

Masalah ini juga semakin kerap berlaku di Malaysia di mana kita boleh lihat pakcik dan makcik memandu dengan kelajuan 60 kmsj di laluan memotong untuk selama-lamanya. 

*Gambar-gambar dari Japan Times


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…