Diskaun hingga 40 peratus oleh Boon Siew Honda untuk mangsa banjir 

oleh HEZERI SAMSURI|
Boon Siew Honda menawarkan diskaun sehingga 40 peratus untuk alat ganti tulen dan kos buruh percuma bagi pemilik-pemilik motosikal BSH yang terbabit dengan banjir di Pulau Pinang.

Program Bantuan Banjir ini akan dilaksanakan bermula 10 November sehingga akhir bulan Januari 2018 dan ianya membabitkan tujuh pengedar BSH.

Di bawah ialah senarai pengedar-pengedar terbabit.

  • Taycon Motor Sdn Bhd - 012-5534821 (Ah Pin)
  • Chang Motor Sdn Bhd    - 016-4433856 (Ms. Foong)
  • Sing Huat Motor Sdn Bhd - 012-4088398 (Mr. Cheah)
  • Boon Hai Motor Sdn Bhd - 012-4923446 (Ah Hooi)
  • KB Soon Huat Motor Sdn Bhd - 019-5751241 (Mr. Khoo)
  • Chung Seng Motor (S.Perai)Sdn Bhd - 017-4958705 (Ah Chye)
  • EL Chong Motor Trading Sdn Bhd - 014-5822489 (Mr. Chong)

Menurut Datuk Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Timbalan Pengerusi dan Timbalan CEO BSH, pihak syarikat berharap program itu dapat meringankan beban pelanggan-pelanggan mereka.

Pelangan BSH yang mengalami kerosakan motosikal BSH akibat banjir dinasihatkan untuk menghubungi pengedar berdekatan untuk pemeriksaan. 

Pelanggan motosikat BSH yang terjejas akibat banjir baru baru ini dinasihatkan untuk menghubungi talian tol bebas 1800-88-3993 untuk bantuan tunda dan pemeriksaan.

Dari Careta, SYABAS dan terima kasih Boon Siew Honda! 

Add new comment

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Boon Siew Honda (BSH) hari ini melancarkan model cruiser Honda Rebel 471 cc di pameran Art of Speed…
Berita Domestik
Boon Siew Honda (BSH) kini menawarkan pembaharuan untuk dua model popular mereka, CBR650F dan…
Gaya Hidup
Konvoi Marathon Semenanjung 2017 yang berlangsung pada 14 hingga 17 Julai lalu memberi pengalaman…