Syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) akan memberikan diskaun tol 10% khusus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 sempena musim perayaan Tahun Baru Cina.
Diskaun ini akan berkuatkuasa dalam tempoh 24 jam, bermula dari 12.00 tengah malam sehingga 11.59 malam 5 Februari 2019.
Selain daripada diskaun tol, ANIH juga menyediakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna bagi merancang perjalanan ke negeri pantai timur.
Ia diharapkan dapat membantu menyuraikan trafik dan mengurangkan kesesakan terutama di Plaza Tol Gombak, Bentong dan Karak.
Pengguna juga dinasihatkan supaya memastikan baki kad Tounch 'n Go dan eWallet RFID sentiasa mencukupi sebelum memulakan perjalanan, memandangkan perkhidmatan tambah nilai di lorong tunai akan ditutup sempena musim perayaan.
Untuk kemaskini maklumat trafik semasa, pengguna boleh mengikuti akaun Twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur.