Pameran tersebut sudah pun dibuka kepada umum pada 30 Oktober tahun lalu sehingga 17 Mac, namun Honda kini memberikan peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke pameran tersebut sehingga 31 Mei ini.
Antara model yang dipamerkan adalah generasi pertama Honda Civic CVCC 1973, di mana ia merupakan model pertama yang melepasi ujian pelepasan emisi Muskie Clean Air Act (disifatkan sebagai ujian paling ketat pada ketika itu) tanpa sebarang penggunaan pengubah bermangkin (catalytic converter).
Selain daripada itu, terdapat juga Civic RS (membawa maksud Road Sailing) merupakan model prestasi pertama Civic yang dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa, karburetor berkembar, transmisi manual lima kelajuan, tayar radial, dan tempat duduk semi-bucket.
Selain daripada kereta standard, Honda juga turut membawakan beberapa unit jentera lumba Civic dari setiap era seperti contoh Yamato Civic yang memenangi Fuji Grand Champion pada tahun 1983, Group A Motul Mugen Civic (All-Japan Touring Car Championship 1987), serta Idemitsu Motion Mugen Civic (All-Japan Touring Car Championship Class 3 1990).
Sayang sekali, pameran sebegini tidak dapat kita lihat menerusi skrin laptop, ataupun peranti pintar.
Menurut informasi daripada laman web Honda, bayaran tiket masuk adalah bermula dari 600 yen (RM22.70) untuk kanak-kanak dan 1,200 yen (RM45.40) untuk orang dewasa, sementara caj parkir pula adalah bermula dari 500 yen (RM18.92) untuk motosikal dan 1,000 yen (RM37.84) untuk kereta.
Pautan video dibawah merupakan kisah di sebalik pameran Honda Civic World, dan anda boleh melihat sendiri bagaimana dedikasinya para pekerja Honda dalam mengendalikan sejarah dan warisan kereta kompak yang membentuk sejarah Honda itu sendiri.
Sumber imej: Japanese Nostalgic Car