Digital Trends namakan Honda Civic Type R Kereta Terbaik 2017

oleh Muhammad Md Tajudin|
Digital Trends adalah penerbitan yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan kebiasaannya laman web ini dilawati oleh mereka yang mahu membaca berita tentang teknologi dan produk elektronik konsumer. Laman web ini dilancarkan pada tahun 2006 dan sehingga Julai 2017 mempunyai 28 juta pelawat sebulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memandangkan Digital Trends adalah laman web teknologi dan produk elektronik, secara peribadinya agak janggal dan belum pernah dibuat carian mengenai berita automotif.

Dengan keperluan semasa, kereta sekarang ini sudah banyak menggunakan teknologi digital sehingga dipanggil sebagai connected car dan pada masa akan datang bakal menggunakan teknologi kecerdasan buatan pula (AI).

Dan ini telah menjadikan berita tentang industri automotif turut mempunyai nilai untuk dilaporkan dalam laman web teknologi seperti Digital Trends. Atau pergi lebih jauh lagi apabila Digital Trends menamakan Honda Civic Type R sebagai Kereta Terbaik / Best Car of 2017.

Nampakya, pembaca bukan setakat boleh mengetahui mengenai telefon pintar terbaik atau berita tentang teknologi maklumat dalam Digital Trends tetapi juga tentang kereta terbaik dan juga reviu kereta-kereta lain.

Ini suatu yang menarik. Mungkin satu hari nanti Careta boleh membina laman web tentang teknologi pula.

 

Honda Civic Type R AS

 

Apa pun, Digital Trends memperakui Honda Civic Type R di atas kuasa dan pengendalian serta penggunaan harian dan harga mampu milik. Pengarang Digital Trends membuat pemilihan berdasarkan produk paling berjaya dan mengujakan dalam setiap kategori produk yang mereka reviu.

Tetapi sebelum itu, kenapakah pasaran Amerika Syarikat begitu teruja dengan Honda Civic Type R sehingga begitu banyak berita tentangnya?

Walaupun AS mempunyai pasaran yang hebat tetapi ini adalah kali pertama Honda menawarkan Civic Type R secara rasmi di sana. Honda pula memasarkan Civic Type R ini dengan betul.

Bermula dari penjenamaan, teknologi berkuasa, reka bentuk luar biasa, harga mampu milik (USD 35,000) dan praktikaliti sebuah Honda menjadikan Civic Type R ini satu keterujaan buat orang muda dan berjiwa muda di sana.

Jadinya anda boleh membimbit telefon pintar canggih dari Apple atau Samsung dan memandu Civic Type R untuk melengkapi imej cool masyarakat trendi masakini.

Owh, sebelum itu Honda Civic Type R mengalahkan dua model hebat lain iaitu Volvo S90 T6 dan Tesla Model 3.

Penulis: Muhammad Md Tajudin.