Didier Drogba dilantik sebagai duta kempen Yokohama "Drive for More"

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebahagian Kerjasama Rasmi Yokohama dan Chelsea FC, Johan Liga Perdana sebanyak lima kali, sedang giat mengaktifkan kempen jualan global baharu, dengan menggunakan tema ‘Drive For More’.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kempen tersebut akan diadakan merentasi lima pasaran luar negara penting syarikat pengeluar tayar dari Jepun - India, Malaysia, Vietnam, Perancis dan Iberia - untuk membantu meningkatkan jualan rakan kongsi yang baharu dan sedia ada serta menghubungkan para peminat antarabangsa kelab tersebut. 

Kempen yang akan dilaksanakan secara global oleh Pitch Marketing Group mengumumkan duta rasmi Yokohama sepanjang kempen ini, iaitu lagenda Chelsea FC, Didier Drogba.  

Didier Drogba mula menyertai Chelsea FC pada bulan Ogos 2004 dengan sumbangan terbesar beliau ketika bersama Chelsea FC termasuklah empat kejohanan Liga Perdana, penalti muktamad dalam Peringkat Akhir Kejohanan UEFA 2012 dan memperolehi kedudukan sebagai penjaring gol Chelsea keempat tertinggi.  
    
Didier Drogba ketika ditemuduga berkata, "Chelsea merupakan sebahagian penting dalam kehidupan dan kerjaya saya, dan saya berasa bangga dengan kepopularan berterusan kelab itu di seluruh dunia.  Saya tidak sabar untuk bekerjasama untuk bertemu dengan komuniti Yokohama dan peminat kelab Chelsea FC di setiap rantau ini."

Menurut Chris Townsend OBE, Pengarah Komersial di Chelsea FC, berkata, "Sejak menjadi rakan kongsi kejohanan Chelsea pada tahun 2015, perhubungan antara Yokohama dan kelab terus berkembang kukuh. 
 


"Kami gembira dapat bekerjasama dalam kempen ‘Drive For More’ antarabangsa ini, dan membolehkan Yokohama untuk menjadi jenama global yang unggul dengan fokus untuk menjanakan peningkatan yang ketara dalam jualan di seluruh dunia.”

Takaharu Fushimi, Pengarah Urusan dan Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran Luar Negara Tayar di Yokohama Rubber Co. Ltd, berkata, “Sukacita ingin kami umumkan Didier Drogba sebagai duta global untuk kempen ini telah memberikan status legendanya di Chelsea FC dan daya tarikan global sebenarnya. 

"Kempen ini benar-benar menyerlahkan betapa kedua-dua Yokohama dan Chelsea FC telah bekerjasama dengan berkesan untuk melaksanakan pengaktifan fokus jualan dalam pasaran luar negara penting kami," tambah beliau.