Tempat kedua dalam Kelas Promotional ialah Akim Ahmad, diikuti oleh Janna Nick, Akio Takeyama, Timbalan Presiden UMW Toyota dan penyanyi Wany Hasrita.
Ramai juga yang tidak menghabiskan perlumbaan kerana kerosakan kenderaan akibat perlanggaran. Antaranya ialah Nabil Ahmad, Aiman Tino, Khai Bahar dan Nabila Razali.
Mungkin terlalu seronok dan masih belajar had pengendalian terbabas atau mungkin kurang faham di dalam perlumbaan sebenar, tiada "Insert Coin" atau fungsi "Play Again".
Kategori istimewa ini memang dikhususkan untuk selebriti dan juga untuk VIP dari UMW Toyota.
Untuk mengatakan mereka ini tidak berbakat adalah sangat tidak benar kerana dua selebriti yang telah memenangi Musim Pertama Toyota Gazoo Racing Festival tahun lepas, Shawn Lee dan Shukri Yahya telah memasuki Kelas Sporting untuk tahun ini dan kedua-duanya mendapat tempat pertama (Shawn) dan tempat kedua (Shukri).
Siapa kata selebriti tidak boleh race kereta?