Detroit Auto Show 2018 - kereta yang berjaya dan gagal menepati sasaran

oleh SALINA JALIL|
Minggu lepas telah berlangsung Detroit Auto Show 2018 di Amerika Syarikat dan telah mempamerkan model-model jenama kereta dari serata dunia. Memandangkan Auto Show ini dilangsungkan pada awal tahun, sememangnya ia disasarkan bagi penentuan halatuju sebuah model untuk pasaran besar seperti Amerika Syarikat.

Menurut portal Autoweek.com, ada beberapa model yang telah berjaya mencuri perhatian namun ada juga yang gagal menepati sasaran.

Berikut adalah senarai model kereta yang berjaya mencuri tumpuan:-
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

1.  Toyota Avalon

toyota avalon

 

Toyota Avalon baru mempunyai interior seperti Lexus, mempunyai reka bentuk badan aerodinamik dan kluster lampu belakang yang kemas, di mana lampu undur (reverse light) tersembunyi di belakang lampu brek.

Pada pendapat Careta, kita di Malaysia setakat melihat gambar sahaja kerana mustahil model ini akan wujud di sini.

 

 

 

2.  Volkswagen Jetta

Reka bentuk yang simple dan tidak kompleks tetapi menarik. Lampu hadapan dan belakang hampir tidak dapat dibezakan, kreatif dan berbeza.

 

3.  Mercedes G Class

Perhatian kepada Ford dan Land Rover: Inilah cara anda mengubah reka bentuk ikon model off-road. Mercedes G Class yang baharu ini, selain daripada lampu dan panel instrumen, tidak jauh dari reka bentuk yang bersifat blok dan bersamaan. 

Kami di Careta juga berpendapat Mercedes G Class ini kelihatan sangat gagah, sasa dan keunggulan yang nyata.

 

 

4.  Lexus LF-1 Limitless

Ia tidak sukar untuk membayangkan crossover konsep yang canggih dan rendah ini sebagai RX seterusnya. Warna tembaga ini sememangnya menarik dan boleh dikatakan pemenang dalam kategori kerja cat terbaik di mana-mana kenderaan di pameran ini. Walau bagaimanapun, kami berharap pihak Lexus menimbang semula gril gelendong yang besar di hadapan model ini diubah sedikit sebelum membuat pengeluaran.

Pada mata kami di Careta, gril hadapan seolah-olah mulut Jaws (jerung) yang ternganga luas hendak menelan seekor Paus.

 

 

5.  Ford Ranger

Ford belum mengeluarkan sebarang spesifikasi untuk versi Ranger Amerika Utara yang baharu, tetapi kelihatan sedikit lebih kecil daripada pesaing utamanya, Chevrolet Colorado dan GMC Canyon, dan itu bukan sesuatu yang negatif. 


Ranger yang mula berada di pasaran global pada tahun 2011, kini sedang dikemaskini untuk memulakan penjualan di Amerika Utara dengan beberapa penambahbaikan. Dan apa yang pasti ia didatangkan dengan pengendalian 10-kelajuan dan sebuah enjin turbo yang mempunyai 280 hp.

 

 

6.  Chevrolet Silverado *(walaupun terdapat banyak kekurangan)

Persoalan di sini adalah, adakah General Motors telah memeriksa terlebih dahulu spesikasi dengan betul? Dengan pengendalian 10-kelajuan automatik, enjin turbodiesel enam silinder inline baru tetapi berat trak ini kurang dari 204 kilogram?  Kerangka trak ini lebih ringan, mempunyai sistem penggantungan yang ringan dan menggunakan panel badan keluli dan aluminium.

Chevrolet telah 'membungkus' semua itu dalam badan dengan beberapa gaya aneh dan kelihatan seperti belum selesai dari segi pembuatan. Pada bahagian interior (dalaman) pula, kelihatan terlalu banyak plastik keras pada panel instrumen.

 

Model yang gagal mendapat perhatian adalah:-

 

1.  Hyundai Veloster

 

hyundai veloster

 

Inilah masalahnya: Ia telah direka semula tetapi kelihatan seperti tiada perubahan. Ia mungkin telah dinaiktaraf dari model yang terdahulu tetapi Hyundai ini kelihatan hampir sama, dan kerana itulah ia tidak mendapat respon yang positif.

 

2.  Konsep Inspirasi Infiniti Q 

Infiniti kelihatan seperti mengambil sedan Tesla, tetapi dengan gril yang bergaya dan enjin petrol. Bahagian cermin belakang dan lampu belakang kelihatan seolah-olah ia diciplak dari Model S.

 

3.  GAC Enverge

Model konsep Crossover dari negara China ini agak pelik kerana bahagian tingkap sisi diwarnakan sama seperti warna badan kereta.  

Hmmm...

 

Bagaimana pula dengan Malaysia Motor Show 2018 yang akan berlangsung pada hujung tahun nanti?  Adakah akan terdapat model-model baharu yang akan dipertontonkan kepada kita? Kita tunggu dan lihat...