Kini, syarikat yang bertanggungjawab, Dendrobium Automotive mengesahkan bahawa hypercar tersebut akan diproduksikan di United Kingdom.
Menurut CEO Nigel Gordon-Stewart, pada awal fasa produksi, Dendrobium D-1 akan menggunakan teknologi sel storan tenaga (power storage cells) sebelum berpindah menggunakan bateri jenis solid state apabila teknologi tersebut boleh dipercayai dan mesra poket.
Info yang telah didedahkan sebelum ini menyatakan bahawa syarikat Dendrobium Automotive menyasarkan kuasa yang dihasilkan setinggi 1,800 kuasa kuda dan 2,000 Nm daya kilas.
Memandangkan kereta elektrik mempunyai kecenderungan lebih berat berbanding kereta konvensional disebabkan berat bateri yang digunakan, D-1 akan menggunakan rangka gentian karbon "Protocell" yang unik terdiri daripada gabugan gentian karbon, bahan komposit dan aloi yang lebih ringan dan lebih kuat.
Menurut syarikat tersebut, informasi seperti jarak pengoperasian dan masa pengecasan penuh bateri akan diumumkan di dalam sedikit masa kelak.