Demam SUV dan Crossover - Nissan jual lebih dari 2 juta unit pada 2017!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Satu fakta yang dikira mengejutkan apabila pada pelancaran Honda CR-V baharu (G5) pada tahun lalu, Honda Malaysia memaklumkan bahawa jualan CR-V (G4) berada di tempat kedua.

Dalam masa model-model Honda menguasai satu persatu segmen pasaran tempatan, CR-V G4 gagal untuk menjuarai pasaran popular ini.

Walaupun tidak mendedahkan pengeluar manakah yang menduduki takhta segmen namun cakap-cakap di kalangan rakan media mengatakan bahawa Nissan X-Trail berada di tempat teratas.

Salah satu faktor penguasaan tersebut mungkin kerana CR-V G4 sudah memasuki kitaran akhir jangka hayat produk.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nissan X-Trail 2018

 

Walaupun begitu, penawaran produk Nissan di pasaran tempatan agak hambar sejak beberapa tahun kebelakangan ini berbanding jenama lain seperti Honda dan Toyota.

Tiada killer product dan banyak mengitar produk yang sama seperti Almera dan Grand Livina yang sudah lama berada di pasaran.

Nampaknya fokus Nissan lebih kepada pasaran global. Ini boleh dilihat melalui pelbagai produk menarik seperti Nissan LEAF dan Micra yang tampil moden, canggih dan menarik. 

Walaupun agak suram di pasaran tempatan atau ASEAN, prestasi Nissan di peringkat global tetap cemerlang di mana contoh terbaru ialah jualan crossover dan SUV telah meningkat lebih dari 12 peratus kepada lebih dari dua juta unit.

Peningkatan jualan itu disumbangkan oleh Nissan Kicks, Rogue, X-Trail, Qashqai, Armada dan INFINITI QX30.

 

Nissan Kicks 2018

 

Jualan crossover dan SUV Nissan telah meningkat hampir 13 peratus manakala crossover INFINITI dan SUV pula naik hampir sembilan peratus.

Secara keseluruhannya, Nissan telah berjaya menambah hampir 230 ribu unit crossover dan SUV tahun lalu.

Nissan Kicks yang baru setahun dilancarkan di Mexico, Amerika Latin dan China benar-benar memikat pasaran dengan jualan hampir 109,000 di serata dunia.

Crossover kompak itu akan dilancarkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada tahun ini dan dijangka akan terus menambah momentum kerancakan jualan crossover Nissan.

Nissan Rogue, X-Trail dan Qashqai yang berkongsi platform pula mencatat jualan global lebih dari 1.38 juta iaitu peningkatan sebanyak 10 peratus pada tahun lalu dan suatu yang mengejutkan apabila ia adalah platform paling top Nissan berdasarkan angka jualan.

 

Nissan Qashqai

 

Selain itu, dua buah model SUV bersaiz besar iaitu Nissan Armada di AS dan Nissan Patrol di Timur Tengah terus popular.

Jualan telah meningkat sebanyak 79 peratus kepada 80 ribu unit yang memberi indikator bahawa SUV 'bagak' itu mempunyai permintaan tinggi di serata dunia. 

Walaupun tawaran produk agak suram di pasaran tempatan tetapi Nissan mempunyai strategi tersendiri dan benar-benar fokus kepada pasaran yang mempunyai potensi.

Sebagai contoh, Nissan bakal melancarkan crossover ekonomi yang dikenali sebagai Datsun CROSS di Indonesia pada tahun ini. 

Pada peringkat kumpulan pula, cakap-cakap mengatakan Mitsubishi bakal melancarkan MPV Xpander pada tahun ini dan model itu telah pun mendapat sambutan hangat di Indonesia apabila mengekori rapat jualan mobil sejuta umat iaitu Toyota Avanza.

Apa pun perancangannya, ETCM perlu melihat kembali perancangan produk mereka di pasaran tempatan kerana Nissan mempunyai banyak model menarik untuk dipasarkan. Bukan hendak minta Nissan GT-R pun, Nissan Micra pun dah okay! 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…