Demam Piala Dunia diteruskan di Caltex

oleh SALINA JALIL|
Caltex® (Chevron Malaysia Berhad) telah mengumumkan kempen terbaharu mereka khas untuk peminat tegar bolasepak.

Kempen terbaharu ini adalah sempena Piala Dunia 2018 yang telah berlangsung di Rusia. Menerusi kempen ini, pelanggan Caltex berpeluang untuk memenangi jersi dan boot bola esklusif yang ditandatangani oleh Neymar JR (Brazil), Andres Iniesta (Spain), Dele Alli (England), Eden Hazard (Belgium), Cristiano Ronaldo (Portugal), Lionel Messi (Argentina) and Luis Suarez (Uruguay).

Kempen ini adalah sehingga 15 Ogos 2018 dan anda cuma perlu mengisi petrol dengan jumlah minimum RM30 dalam satu resit dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah tersebut. Jumlah keseluruhan pemenang yang dicari adalah seramai 28 orang sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Untuk memeriahkan lagi kempen ini dan peminat bola, Caltex® turut mengumumkan pertandingan di laman sosial media. Pemenang pada pusingan pertama akan memenangi sepasang kasut boot bola yang ditandatangani oleh Lionel Mess.

Pada pusingan kedua pula, pemenang akan memenangi jersi yang ditandatangani oleh Neymar JR. 
Pemenang akan dipilih melalui laman sosial media berdasarkan gambar yang paling kreatif di samping 'caption' yang paling menarik. 


Jeff Tan, Timbalan Pengurus Besar Chevron Malaysia Limited berkata "Nilai yang diterapkan semasa Piala Dunia dan semangat kekuatan pemain bola sepak memberi impak dengan kami. Sama seperti pemain bola sepak, kami bertekad untuk melakukan lebih banyak lagi untuk memastikan kami mencapai matlamat; dalam kes ini, memastikan bahan api yang kami berikan mengurangkan geseran dan tanpa meninggalkan pencemaran di bahagian enjin kenderaan anda agar perjalanan anda lebih lancar."

 

Beliau juga berkata bahawa di Caltex®, kami sentiasa mencari kaedah untuk mengukuhkan hubungan dengan pelanggan kami dan memastikan mereka mempunyai perjalanan yang hebat, tidak kira dekat atau jauh. Memandangkan Piala Dunia merupakan salah satu acara utama yang menyatukan orang ramai dari semua lapisan masyarakat, kami memutuskan untuk memberi ganjaran kecik di atas sokongan mereka kepada jenama kami Caltex®.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web  www.caltex.com/my  atau  laman sosial media di https://www.facebook.com/Caltex.Malaysia/