DeLorean dedah imej acah model EV pengganti DMC-12, debut 18 Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat DeLorean yang sangat terkenal dengan mesin masa DMC-12 itu bakal muncul dengan sebuah model baharu yang akan diperkenalkan secara rasmi pada 18 Ogos, bertempat di Pebble Beach Concours d'Elegance.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, DeLorean turut memuat naik imej acah bahagian belakang model EV dengan garisan yang jauh lebih lembut, berbanding rekaan bersegi yang muncul daripada tahun 1980-an itu.

Model baharu ini juga dijangka membawakan rekaan lampu LED yang melintang penuh bahagian tersebut.
 

DMC


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, rekaan model baharu DeLorean ini diserahkan kepada Italdesign, dan ia masih lagi mengekalkan ciri pintu sayap gullwing, namun dengan elemen aerodinamik.

Tiada sebarang informasi didedahkan berhubung spesifikasi trenkuasa elektrik yang bakal dimuatkan pada model pengganti DMC-12 ini, namun ia sudah pasti jauh lebih berkuasa berbanding enjin asal V6 2.85 liter yang mampu menghasilkan hanya 130 hp dan 217 hp itu.

Sebagai info, model asal DeLorean DMC-12 merupakan satu kegagalan di mana ia hanya sempat diproduksikan selama dua tahun sebelum syarikat tersebut bankrap.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi rekaan, Alpha5 kini merupakan jelmaan moden kepada model asal DMC-12, namun dengan garis…
Berita Global
Namun, sesetengah peminatnya melahirkan rasa tidak sabar dan disebabkan permintaan yang tinggi,…
Berita Global
Namun dalam dunia realiti, enjin asal DMC-12 ini sememangnya tidak cukup berkuasa. Manakan tidak,…