"Tindakan ini diambil setelah mendapati terdapat premis di kawasan tersebut meletakkan pelbagai halangan dalam petak parkir awam bagi tujuan persendirian dan perniagaan.
"Dua restoran juga telah dikenakan tindakan dibawah Seksyen 46 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana telah menyebabkan halangan.
"Semua premis yang berkaitan juga telah diberi teguran supaya tidak meletakkan apa-apa halangan dalam petak parkir awam," katanya.
Dalam kenyataan yang sama DBKL turut meminta orang ramai supaya menghentikan sikap pentingkan diri sendiri.