Datuk Nicol Ann David dilantik sebagai Duta Mercedes-Benz Malaysia

oleh Afandi Che Muhamad|
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David hari ini secara rasmi dilantik sebagai Duta baharu bagi Mercedes-Benz Malaysia.

Pengumuman tersebut dibuat Mercedes-Benz Malaysia menerusi satu kenyataan semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Naib Presiden Bahagian Pemasaran dan Jualan Kenderaan Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine berkata, pemilihan Nicol sebagai duta jenama kenderaan berpengaruh itu dilakukan selepas mengambil kira personalitinya yang bertepatan dengan kriteria ditetapkan.

"Pemilihan Nicol sebagai duta sememangnya langkah tepat. Tidak hanya memiliki reputasi kejayaan dalam lapangan sukan, beliau (Nicol) turut mempunyai hubungan sosial yang baik kerana pembawaan dirinya yang begitu berkarisma, berdisiplin dan bersemangat tinggi.

"Bagi pihak Mercedes-Benz Malaysia, saya berasa gembira untuk bekerja bersama beliau bagi membangunkan lagi empayar jenama ini pada masa hadapan. Selamat Datang ke Mercedes-Benz Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan sama, Nicol turut menyatakan kegembiraan selepas menerima perkhabaran mengenai pengumuman baru daripada pihak Mercedes-Benz Malaysia itu.

Jelas Nicol, dia begitu teruja dapat berkolaborasi dengan syarikat pengeluar kenderaan tersebut kerana beliau sendiri merupakan penggemar setia jenama berkenaan sejak dari dahulu lagi.

Antara model kegemaran Nicol ialah Mercedes-AMG GLA 45.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) C&C, Thomas Tok berkata, walaupun negara dilanda pandemik Covid-…
Berita Domestik
Sejak diperkenalkan pada tahun 1991, seramai lebih daripada 60,000 pemain golf dari 60 buah negara…
Berita Global
Malah, fakta yang baru diterima ini menunjukkan Taycan menerima sejumlah pendaftaran minat yang…