Datsun Cross bakal gegar Honda BR-V?

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasti anda ingat jenama Datsun bukan? 

Nama Datsun digunakan sebelum ia digantikan dengan nama Nissan dalam tahun 1986, tetapi ia muncul kembali lima tahun lalu di beberapa negara.

Datsun alaf baharu ialah jenama untuk kenderaan mampu milik di bawah payung Nissan. Sub-brand Nissan ini lebih kepada kenderaan ringkas dan bertumpu kepada negara-negara membangun.

Ia seperti Dacia atau Logan untuk Renault dan juga Skoda, sebelum Skoda berjaya menaikan imejnya hampir setaraf Volkswagen sendiri.

 

 

Di Indonesia dan India, Nissan membawa masuk jenama Datsun dan ia memang menjual kenderaan-kenderaan mampu milik. Ia bukan rebadge, tetapi model yang dikeluarkan khusus untuk Datsun.

Nissan kini telah mengumumkan bahawa Datsun akan melancarkan model SUV kompak pertama mereka di Jakarta pada 18 Januari ini.

Datsun Cross ini dibina di atas platform Nissan Micra, Datsun Go dan Go+ serta dijana oleh enjin 1.2L dengan 68PS dan 104Nm dengan transmisi manual sahaja. Ini hampir sama dengan konsep Honda yang membina BR-V di atas platform model Brio, sebuah kompak mini. 

 

Careta ada mendengar bahawa Tan Chong Motors, pemegang lesen untuk kenderaan Nissan di Malaysia memang ada cadangan untuk memasang sebuah SUV. Namun begitu, kami tidak pasti samaada yang ini atau SUV Tera yang berdasarkan trak pikap Navara.

Apapun, harga di India untuk ialah dalam lingkungan RM27,700. Namun begitu, negara seperti India dan Indonesia mempunyai jumlah penduduk yang sangat ramai dan syarikat kenderaan mampu menurunkan sedikit harga. 

Di Malaysia, di mana penduduknya cuma ada 31 juta orang sahaja, syarikat tidak begitu membenarkan permainan harga.

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Berita Global
Kini, terdapat ura-ura di mana Nissan sedang berusaha untuk membangkitkan kembali jenama mampu…
Berita Global
Namun, jenama tersebut nampaknya tidak mampu untuk bertahan lama di dalam dunia moden hanya selepas…