Darell juga menegaskan bahawa walaupun Kementerian Kewangan (MOF) yang membuat keputusan muktamad berkaitan isu duti eksais dan insentif, MITI tetap akan memberikan inpu berdasarkan mesyuarat dengan pihak industri.
Terdahulu, isu cara cukai dan insentif automotif dikira akan ditukar dari sistem harga doket kepada Harga Pasaran Terbuka (OMV) kenderaan dan ia dijangka akan menyebabkan harga kenderaan meningkat.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata peningkatan itu akan hanya merugikan pendapatan negara kerana penjualan yang menurun akan mengurangkan kadar pungutan cukai.
* Sumber berita dari Astro Awani