Dari VW ke ŠKODA - Oliver Stefani dilantik sebagai Ketua Rekabentuk ŠKODA

oleh Muhammad Md Tajudin|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa bulan lalu, bekas Ketua Pereka ŠKODA iaitu Jozef Kabaň telah berpindah ke BMW di mana beliau bertanggung jawab tentang rekabentuk utama jenama premium itu. Sepanjang bersama ŠKODA dan Kumpulan VW, Kabaň telah terlibat dalam beberapa projek utama seperti VW Lupo, SEAT Arosa, Škoda Octavia dan paling menyerlah sekali ialah Bugatti Veyron.

Jawatan yang ditinggalkan Kabaň nampaknya diisi orang lama dalam bidang rekabentuk iaitu Oliver Stefani. Beliau berusia 53 tahun dan bakal memulakan kerja bersama ŠKODA pada 1 September depan. 

Untungnya berada dalam kumpulan VW apabila mereka tidak kekurangan bakat. Stefani sebelum ini memegang jawatan Ketua Rekabentuk Luaran jenama VW. Beliau adalah graduan dalam bidang rekabentuk dari Braunschweig dan Pasadena, California.

 

Kereta konsep VW ID
Kereta konsep VW ID

 

Stefani mula berkhidmat dengan VW dari tahun 2002 dan telah terlibat dengan banyak projek kenderaan. Beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan up!, Polo, Jetta, Tiguan, barisan model Golf terkini dan projek kereta konsep VW ID. 

Kemahiran beliau dilihat bersesuaian dengan gayaan ŠKODA iaitu rekabentuk jelas (crystalline) menyerlah dan Simply Clever.

Di antara tugas beliau di ŠKODA nanti ialah mengadunkan elemen emosi dalam rekabentuk selain meneraju pasukan pereka dalam era digitalisasi dan elektrik kenderaan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…
Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…