Daimler lancar bas elektrik - Mercedes-Benz eCitaro

oleh Muhamad Hanif|
Daimler Bus semakin serius melabur di dalam projek elektrifikasi kenderaan berat di bawah divisyen mereka dan kini mereka memperkenalkan sebuah bas elektrik yang diberi nama Mercedes-Benz eCitaro.
Merdeka Bonanza

eCitaro menggunakan motor elektrik yang diletakkan pada kedua-dua gandar dengan sistem pek bateri modular yang dibahagikan kepada dua posisi - di lantai bahagian belakang bas dan juga di bumbung. 


Menurut Daimler, sistem pengurusan suhu yang telah menjadi ciri terunggul pada bas eCitaro telah ditambah baik dan mengurangkan tenaga yang diperlukan sehingga 40 peratus berbanding Citaro yang dikuasai enjin pembakaran dalaman. 

Bateri lithium ion dengan kapasiti 243 kWh itu mampu memberikan jarak pengoperasian antara 150 km sehingga 250 km mengikut keadaan penggunaan semasa. 


Untuk mengecas kembali tenaga yang telah habis digunakan, terdapat slot pengecasan jenis Combo-2-plug yang terletak pada arca roda hadapan di sebelah kanan bas dan menurut laporan, Daimler kini sedang merancang untuk menyediakan fasiliti pengecasan bateri yang memfokuskan proses pengecasan bateri pada bumbung bas. 

Bas elektrik eCitaro bakal memasuki fasa produksi pada akhir tahun dengan beberapa syarikat pengoperasi bas kini sudah menyatakan minat mereka bagi mendapatkan unit terawal eCitaro ini. 
 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
GO Auto kini bakal memperkenalkan bas elektrik tidak lama lagi dalam usaha menjadikan Malaysia…
Berita Domestik
Projek Putra NEDO EV Bus kini telah dilancarkan secara rasmi di Putrajaya Sentral oleh Setiausaha…