Daimler bakal bina kilang penghasilan bateri di Sindelfingen, Untertuerkheim

oleh Mohamad Hanif|
Sejajar dengan keputusan semasa untuk beralih fokus daripada enjin pembakaran dalaman kepada kereta berkuasa elektrik, Daimler AG mengumumkan akan menambah keupayaan menghasilkan bateri kepada kilang pemasangan Mercedes-Benz di Sindelfingen dan Untertuerkheim.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada pelan transformasi yang bernilai $ 1.75 billion bagi melengkapkan fasiliti pemasangan Mercedes untuk menghasilkan kenderaan emisi sifar dan autonomi pada masa hadapan. 
 


Menurut Frank Deiss, ketua penghasilan sistem pacuan kuasa di Mercedes-Benz, usaha ini membolehkan kilang pemasangan tradisional Untertuerkhiem menjadi sebuah lokasi berteknologi tinggi bagi penghasilan komponen kereta elektrik. 

Dengan pelan yang diumumkan, Mercedes-Benz bakal mempunyai lapan kilang penghasilan bateri termasuklah di Kamenz, Jerman dan bakal membuka penempatan baharu di Beijing, Bangkok serta di Tuscaloosa, Alabama. 

Tambah Daimler, fasiliti di Sindelfingen yang kini sedang memasang model Mercedes-Benz S-Class itu bakal berubah menjadi pusat pemasangan serta pembinaan kenderaan autonomi dan elektrik tidak lama lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengerusinya, Ola Källenius berkata nama rasmi Mercedes Benz Group AG menandakan ia akan memberikan…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, ACCC menuduh kakitangan Mercedes-Benz di pusat khidmat pelanggannya…
Berita Global
Namun begitu, wakil kedua-dua syarikat automotif itu tidak mahu memberikan sebarang komen.…