Daihatsu tunjukan ia juga boleh jadi sporty!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pameran Tokyo Auto Salon bakal berlangsung kelak tetapi Daihatsu sudah awal-awal mengumumkan apa yang akan mereka pertontonkan.

Mungkin mereka mendengar bahawa rakan mereka di Malaysia mula menghasilkan varian yang lebih sporty sementara Daihatsu pula terpaksa mengekalkan imej wanita tua ke pasar untuk pasaran JDM, maka jurutera dan pasukan rekabentuk Daihatsu melepaskan geram untuk menghasilkan varian-varian ini.

Daihatsu menghasilkan tiga kumpulan untuk model custom ini, dan kategori tersebut ialah sporty, premium dan aktif.

Dari Mira baharu kepada model Boon yang dijadikan seperti varian Cross oleh Volkswagon, kepada tak pikap Hijet yang diranggikan.

Varian paling menarik perhatian Careta ialah versi aktif untuk van Hijet. Samada ia mampu untuk meredah hutan khatulistiwa yang tebal di Malaysia itu tidak penting kerana apa yang kami mahukan ialah bentuknya yang mampu membuatkan pemandu 4X4 lain tunduk malu tersipu-sipu, seperti anak dara dilamar putera raja. 

daihatsu salon

 

daihatsu salon 2

 

daihatsu salon 3

 

tanto

 

Boon

 

Hijet

 

hijet van

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Daihatsu bercadang untuk menambah jumlah ujian pensijilan kualiti kepada pekerja-pekerjanya…