Cummins perkenal kepala treler elektrik!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lori ialah antara penyumbang kepada pencemaran udara dan pihak kerajaan Eropah dan US perlahan-lahan mengenakan tekanan agar industri itu turut berubah kepada platform yang lebih bersih.

Ia tidak boleh dilakukan secara drastik kerana industri pengangkutan komersil ialah nadi kepada banyak perniagaan dan sebarang perubahan yang meningkatkan kos akan menyebabkan harga barangan naik.

Namun begitu, syarikat-syarikat pengeluar lori sudah pun mula mengorak langkah ke arah itu dan antara syarikat yang paling lembab ialah syarikat lori dari US.

Namun begitu, Cummins, pembekal enjin diesel untuk trak-trak dan lori-lori besar sudah berubah angin dan melancarkan trak konsep Aeos mereka yang menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya.

cummins

Menurut laporan dari Forbes, Aeos ialah sebuah trak treler untuk pengangkutan urban dan mempunyai jarak 160 km dari pek bateri 140 kWh.

Oleh kerana jarak yang dekat itu, ia lebih sesuai untuk membawa treler seberat 22 tan di dalam kawasan bandar, contohnya dari Port Klang ke gudang simpanan di pinggir Kuala Lumpur.

Untuk perjalanan lebih jauh, Cummins menawarkan pek bateri tambahan untuk menaikan jarak perjalanan kepada 420 km atau memasang enjin/generator range-extender yang mampu mengecas bateri-bateri itu untuk perjalanan yang infinit (selagi generator itu ada bahan api).

Cummins juga melancarkan enjin-enjin gas semulajadi (NGV) yang hampir tidak mengeluarkan asap dan enjin-enjin diesel bersih yang baharu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.39 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, Ahmad…
Berita Domestik
Kejadian disedari pemandu lori berusia 52 tahun selepas berhenti untuk memeriksa dentuman kuat yang…