Cuma RM3,999 untuk sebuah Megane RS 280 CUP!

oleh HEZERI SAMSURI|
Renault kini semakin berani di dalam tektik pemasaran mereka.

Kali ini model ikonik Megane RS 280 CUP sudah boleh didapati dalam program Renault Subscription mereka yang semakin popular itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Megane RS 280 CUP hadir dalam pilihan dua transmisi - 6-kelajuan manual atau Efficient Dual Clutch (EDC) automatik.

Ia juga mempunyai sistem stereng empat roda 4CONTROL yang membolehkan ia mengambil selekoh dengan lebih meyakinkan  dan ya, lebih laju.

Renault Subscription pula ialah sebuah skim pembayaran yang membolehkan anda memiliki sebuah Renault tanpa elemen-elemen yang menyakitkan hati seperti tersenarai di bawah:

  • Tiada jumlah wang pendahuluan yang banyak
  • Tiada bayaran faedah yang tinggi
  • Tiada unsur riba'
  • Tidak ada kos penyelenggaraan langsung (semua kos servis berkala ditanggung, termasuk alatganti servis biasa)
  • Tiada kos cukai jalan (ditanggung oleh Renault)
  • Tiada kos insurans tahunan (ditanggung oleh Renault)
  • Tiada kos susut nilai

 

 

Ada dua jenis pelan Renault Subscription yang memungkinkan anda memiliki Megane RS 280 CUP ini.

Fixed Plan - pelan berstruktur yang boleh didapati untuk tempoh setahun, dua tahun atau tiga tahun dan dari bayaran serendah RM3,999 sebulan.

Switch Plan - pelan lebih mampu milik pada RM1,999 sebulan dan anda boleh juga mendapat akses kepada Megane RS 280 CUP selama dua bulan dalam setahun.

Di bawah ialah jadual-jadual Renault Subscription tersebut.

fixed

 

Switch

 

TC Euro Cars Sdn Bhd, pengimport, pemasang dan pengedar rasmi jenama Renault di Malaysia berkata cuma ada unit terhad untuk Megane RS 280 CUP bagi program Renault Subscription ini.

Untuk yang berminat, teruskan mendaftar di laman web Renault Malaysia pada pautan ini.

www.renault.com.my

 

 

Untuk yang masih tidak faham apa itu Renault Subscription, lihat video di bawah dan jika masih tak faham-faham, lawat mana-mana pengedar Renault.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Symbioz tampil kemas dan bergaya tanpa ciri-ciri yang radikal. Lampu belakang juga tanpa bentuk…
Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…