Cubaan Renault, Nissan bergabung tidak menjadi kenyataan, menurut Carlos Ghosn

oleh Mohamad Hanif|
Disebalik desas-desus yang mengatakan Pakatan Renault-Nissan bakal membentuk sebuah syarikat baharu hasil gabungan kedua-dua syarikat gergasi berkenaan, ia nampaknya tidak akan menjadi kenyataan menurut Carlos Ghosn.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Reuters, pemilik kedua-dua syarikat tersebut menidakkan kemungkinan bahawa Renault dan Nissan bakal bergabung membentuk satu entiti baharu. 
 


Komen beliau didapati selaras dengan pendapat daripada Hiroto Saikawa, CEO Nissan yang menyatakan penyatuan penuh antara kedua-dua syarikat tersebut sebenarnya tidak pernah dibincangkan secara serius, bertentangan dengan laporan beberapa media. 

Disebalik 'kegagalan' penyatuan Renault-Nissan itu sebagaimana yang pernah dilaporkan sebelum ini, ia tidak akan menyebabkan pakatan mereka akan berakhir sejak mereka menjalinkan kerjasama bermula 1999.

"Kami (Renault-Nissan) akan terus bekerjasama di dalam industri ini tidak kira siapa pun yang akan mengetuai (pakatan ini) pada suatu hari nanti," ujar Ghosn.

Renault dan Nissan, termasuk dengan Mitsubishi yang lewat menyertai pakatan tersebut masih mengekalkan entiti korporat tersendiri walaupun kini berada di bawah kepimpinan dan pemilik yang sama. 
 


Pengeluar dari Perancis itu kini memiliki 43 peratus pegangan di dalam Nissan, manakala Nissan pula dibenarkan memegang 15 peratus daripada jumlah pegangan di dalam Renault sebagai balasan, dan 34 peratus pegangan di dalam Mitsubishi pada tahun 2016.

Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi kini merupakan pengeluar kenderaan terbesar di dunia memintasi Toyota dan Volkswagen. 

Jika dilihat daripada sudut individu, Nissan kini merupakan pengeluar keenam terbesar di dunia manakala Renault pula menduduki tangga kesembilan. 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Malah syarikat kereta juga tidak memandang remeh usaha Apple ini kerana mereka tidak mahu kecundang…
Berita Global
Nissan menjelaskan, "tindakan undang-undang yang dimulakan hari ini merupakan sebahagian daripada…
Berita Global
Luca de Meo yang merupakan rakyat Itali akan mengambil alih kedudukan tertinggi Renault dan dibantu…